TEMA: 1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI



Walaupun sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 telahpun berlalu, namun sambutan yang penuh makna ini akan sentiasa terpahat dalam hati kita.Sebelum itu, marilah kita mengimbas semula tema-tema Hari Kemerdekaan pada tahun-tahun lepas….
1970 Muhibah dan Perpaduan
1971 Masyarakat Progresif
1972 Masyarakat Adil
1973 Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 Masyarakat Berdikari
1976 Ketahanan Rakyat
1977 Bersatu Maju
1978 Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 Bersatu Berdisiplin
1980 Berdisiplin Berbakti
1981 Berdisiplin Berharmoni
1982 Berdisiplin Giat Maju
1983 Bersama Ke Arah Kemajuan
1984 Amanah Asas Kejayaan
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 Bersatu
1989 Bersatu
1990 Berjaya
1991 Wawasan 2020
1992 Wawasan Asas Kemajuan
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 Jatidiri Pengerak Wawasan
1996 Budaya Penentu Kecapaian
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
2000-
2006 Keranamu Malaysia
2007 Malaysiaku Gemilang
2008 Perpaduan Teras Kejayaan
2009 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

2010   1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI!!!







Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim kata Gagasan 1Malaysia akan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk program dan aktiviti sepanjang tempoh sambutan dari 1 Ogos hingga 16 Sept ini.
“Kita akan merayakan kemerdekaan dan Hari Malaysia dalam sifat Malaysianya yang paling besar dan meliputi pelbagai kepentingan.
“Mulai 1 Ogos sampai 16 September kita akan libatkan sambutan Merdeka dan Hari Malaysia dan kita akan menjana program berasas kepada 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Hari Merdeka di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini hari Khamis.